Skip to main content

Dasar Privasi

Anda harus membaca Dasar Privasi ini secara seluruh untuk memastikan anda dimaklumkan dengan sepenuhnya. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau perbezaan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu Dasar ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. 3Rych Sdn. Bhd. dan Syarikat Kumpulannya (secara kolektif “3Rych” , “kami”, “kita”, dan mana-mana derivatif yang berkaitan) komited untuk melindungi privasi anda. Dasar Privasi ini (“Dasar”) menerangkan bagaimana 3Rych memproses Data Peribadi dalam kapasitinya sebagai pengawal (iaitu ketika 3Rych menentukan tujuan dan cara pemprosesan Data Peribadi). Ia juga menjelaskan pilihan dan hak anda mengenai penggunaan, akses dan pembetulan Data Peribadi anda. Untuk mengelakkan keraguan, Polisi ini tidak terpakai untuk situasi-situasi di mana kami memproses Data Peribadi dalam peranan Pemproses kami bagi pihak pelanggan kami.

DEFINISI-DEFINISI#

Istilah-istilah dalam huruf besar yang digunakan dalam Polisi ini tetapi tidak didefinisikan di sini mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Syarat Perkhidmatan di pautan Syarat Perkhidmatan.

  1. SIAPAKAH YANG DASAR INI TERPAKAI ?

    Polisi ini terpakai dalam pemprosesan Data Peribadi yang dikumpulkan oleh kami apabila anda:-

    • Menggunakan Perkhidmatan kami sama ada melalui platform web atau aplikasi mobil kami. Dasar ini kemudian terguna pakai ke atas pelanggan-pelanggan kami, dan pengguna-pengguna mereka.
    • Melawati laman-laman web kami.
    • Melawati pejabat kami.
    • Menerima komunikasi dari kami.
    • Mendaftar, menghadiri atau mengambil bahagian dalam acara-acara, webinar-webinar atau peraduan-peraduan yang dianjurkan oleh kami.

    Kami juga menyediakan sebuah platform pasar dalam talian di mana anda boleh memuat turun aplikasi-aplikasi yang dibangunkan oleh 3Rych atau pihak-pihak ketiga. Apabila aplikasi-aplikasi disediakan oleh kami dan aplikasi tersebut berkaitan dengan polisi ini, Polisi ini akan terpakai. Apabila aplikasi-aplikasi disediakan oleh pihak-pihak ketiga, pernyataan privasi pihak ketiga tersebut akan terpakai.

  2. APAKAH DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN OLEH 3RYCH ?

    1. Data Peribadi yang kami mengumpul terus dari anda (“Data yang Dikumpulkan”)

      1. Maklumat tentang pendaftaran, pengebilan dan Akaun Apabila anda melanggani dan mendaftar kepada mana-mana Perkhidmatan kami, kami boleh mengumpul (i) maklumat hubungan anda seperti nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, alamat IP, lokasi geografi, atau nombor telefon pentadbir Akaun tersebut; (ii) maklumat bil, seperti nombor kad kredit dan alamat bil; (iii) nama dan alamat e-mel apabila pentadbir Akaun/Ejen memberi maklum balas dari dalam Perkhidmatan; dan (iv) pengecam unik, seperti nama pengguna, nombor akaun atau kata laluan.

      2. Data Peribadi yang disediakan di Acara-acara 3Rych Apabila anda menghadiri acara yang dikendalikan oleh 3Rych, termasuk webinar atau seminar, kami boleh mengumpul maklumat hubungan anda seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, gelaran dan nama syarikat. Sekiranya anda menghadiri mana-mana persidangan-persidangan pengguna yang dianjurkan oleh kami di lokasi fizikal di mana kami menyediakan makanan dan minuman lain, kami akan mengumpulkan maklumat mengenai pilihan makanan dan alahan-alahan anda.

      3. Pendaftaran Program Apabila anda mendaftar untuk mana-mana daripada program-program kami melalui borang pendaftaran di laman web kami, kami boleh mengumpul maklumat-maklumat seperti nama, alamat e-mel, nama syarikat, gelaran, URL laman web syarikat, alamat IP, lokasi dan maklumat hubungan.

      4. Penyertaan dalam forum-forum Awam, platform Komuniti, Borang dan Buletin Apabila anda melawati atau mendaftar untuk forum-forum dan blog-blog komuniti terbuka atau menghantar sebarang borang di laman web kami, anda harus sedar bahawa apa-apa maklumat yang anda berikan dalam bidang-bidang ini boleh dibaca, dikutip, dan digunapakai oleh orang lain yang mengaksesnya. Seterusnya, kami boleh mengumpul (i) maklumat hubungan anda seperti nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, atau nombor telefon; (ii) maklumat mengenai perniagaan anda, seperti nama syarikat, saiz syarikat, jenis perniagaan; dan (iii) bio ringkas mengenai anda untuk mengenal pasti anda sebagai pengarang pos tersebut. Apabila anda giat melanggan buletin kami, kami mengumpulkan alamat e-mel anda untuk mengkongsi buletin kami dengan anda.

      5. Data Perkhidmatan Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami memproses Data Perkhidmatan seperti yang diperintahkan oleh anda selaras dengan Adendum Pemprosesan Data atau Perjanjian Pemprosesan Data. Kami menjalankan analisis ke atas data tersebut untuk (i) menilai keperluan perniagaan anda untuk menentukan atau mencadangkan Perkhidmatan yang sesuai; (ii) menghantar maklumat yang diminta mengenai Perkhidmatan tersebut kepada anda; (iii) membalas permintaan, pertanyaan dan keraguan khidmat pelanggan; dan (iv) untuk tujuan penambahbaikan produk.

      6. Data Penggunaan dan Kuki Kami menggunakan peralatan-peralatan yang biasa digunakan untuk mengumpul maklumat yang mengandungi Data Peribadi dari komputer atau peranti mudah alih anda secara automatik Ketika anda melayari laman web kami, menggunakan aplikasi kami atau Perkhidmatan kami secara umum.

        1. Kuki-kuki dan Teknologi-teknologi Serupa Kami dan rakan-rakan pengiklanan pihak ketiga kami menggunakan kuki-kuki dan teknologi-teknologi serupa dalam menganalisis trend-trend, mentadbir laman web, mengesan pergerakan pengguna-pengguna di sekitar laman web, dan mengumpul maklumat demografi mengenai pangkalan pengguna kami secara keseluruhan. Kami mungkin menerima laporan berdasarkan penggunaan teknologi-teknologi ini oleh syarikat-syarikat ini secara individu dan gabungan. Kebanyakan pelayar web menyokong kuki dan pengguna boleh mengawal penggunaan kuki di peringkat pelayar individu. Harap maklum bahawa jika anda memilih untuk mematikan kuki, ia boleh mengehadkan penggunaan ciri-ciri atau fungsi-fungsi tertentu di laman web dan perkhidmatan kami.

          Seperti kebanyakan laman web, kami akan mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik dan menyimpannya dalam fail log. Maklumat ini boleh merangkumi alamat protokol internet (IP), jenis penyemak imbas, pembekal perkhidmatan internet (ISP), halaman rujukan/keluar, fail-fail yang dilihat di laman web kami (misalnya, halaman HTML, grafik, dll.), sistem operasi, cap tarikh/waktu, dan/atau data aliran klik. Kami menghubungkan data yang dikumpulkan secara automatik tersebut ke data lain yang kami kumpulkan mengenai anda. Sila lihat Dasar Kuki kami untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan Kuki dan teknologi-teknologi serupa kami.

        2. Aplikasi Mudah Alih

          Apabila anda memuat turun, memasang dan menggunakan Aplikasi-aplikasi Mudah Alih kami, kami akan, mengumpulkan maklumat mengenai jenis peranti yang anda gunakan, versi sistem operasi, dan pengecam peranti secara automatik. Kami menggunakan perisian analisis mudah alih untuk membolehkan kami memahami dengan lebih baik fungsi Perisian Mudah Alih kami di telefon anda. Perisian ini boleh merekodkan maklumat tertentu seperti kekerapan anda menggunakan aplikasi tersebut, peristiwa-peristiwa yang berlangsung dalam aplikasi tersebut, agregat penggunaan, data prestasi, dan tempat di mana aplikasi tersebut dimuat turun. Kami tidak akan menghubungkan maklumat yang disimpan oleh kami dalam perisian analisis dengan Data Peribadi yang dikemukakan oleh anda dalam Aplikasi Mudah Alih.

        3. Data Penggunaan

          Lanjutan kepada maklumat yang disebut dalam Klausa 6 (a) di atas yang mana kami akan mengumpul secara automatik, kami juga akan mengumpulkan klik, skrol, penukaran dan penurunan di laman web dan Perkhidmatan kami untuk mengemukakan perjalanan pengguna pada waktu nyata. Tertakluk kepada Polisi ini, kami akan menggunakan data tersebut dan Data Perkhidmatan, termasuk tanpa had, untuk (i) menilai keperluan perniagaan anda untuk menentukan atau mencadangkan Perkhidmatan yang sesuai; (ii) menghantar maklumat mengenai Perkhidmatan yang diminta kepada anda; (iii) membalas permintaan, pertanyaan dan keraguan perkhidmatan pelanggan; dan (iv) untuk tujuan analisis.

        4. Daftar masuk tunggal

          Anda boleh log masuk ke laman web kami menggunakan perkhidmatan log masuk seperti Google, Facebook Connect dan LinkedIn. Perkhidmatan-perkhidmatan ini akan mengesahkan identiti anda dan memberikan anda pilihan untuk berkongsi Data Peribadi tertentu dengan kami seperti nama dan alamat e-mel anda. Perkhidmatan seperti Google, Facebook Connect, Twitter, LinkedIn memberi anda pilihan untuk mempamerkan maklumat mengenai aktiviti anda di laman web kami ke halaman profil anda dan untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dalam rangkaian anda.

        5. Ciri-ciri media sosial dan kuki pihak ketiga

          Laman web kami merangkumi ciri-ciri media sosial, seperti butang “Like” Facebook, butang “Share This” atau program-program mini interaktif. Apabila anda berinteraksi dengan ciri-ciri ini, ia boleh mengumpulkan alamat IP anda, halaman yang anda kunjungi di laman web kami, dan ia boleh menetapkan kuki untuk membolehkan ciri tersebut berfungsi dengan baik. Ciri-ciri media sosial dan widget sama ada dianjurkan oleh pihak ketiga atau dianjurkan terus di laman web kami. Interaksi-interaksi anda dengan ciri-ciri ini dikawal oleh dasar privasi syarikat yang menyediakannya. Sila lihat Dasar Kuki kami untuk maklumat lanjut. Sekiranya anda memberi kepada kami atau penyedia perkhidmatan kami apa-apa Data Peribadi yang berkaitan dengan individu lain, termasuk data Pengguna Akhir atau data pekerja anda, anda mewakili bahawa anda mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan mengakui bahawa ia akan digunakan selaras dengan Pernyataan Privasi ini.

      7. Maklumat yang kami kumpulkan dari pihak ketiga Dari semasa ke semasa, kami menerima maklumat peribadi tentang anda dari sumber pihak ketiga seperti pangkalan data dan media sosial tetapi hanya di mana kami telah memeriksa bahawa pihak ketiga ini mempunyai persetujuan anda atau dibenarkan oleh undang-undang atau diminta untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada kami. Jenis maklumat yang kami perolehi dari pihak ketiga tersebut termasuk nama, alamat e-mel, alamat pos, lokasi, gelaran, nombor telefon dan kami menggunakan maklumat yang kami terima dari pihak ketiga ini untuk mengekalkan dan meningkatkan pengalaman sokongan pelanggan, meningkatkan ketepatan rekod yang kami simpan mengenai anda dan untuk tujuan penjualan dan pemasaran kami.

  3. MENGAPAKAH KAMI MEMPROSES DATA PERIBADI DAN APAKAH DASAR UNDANG-UNDANG YANG KAMI BERGANTUNG PADA ?

    Kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:-

    • Memberi anda Perkhidmatan tersebut, mentadbir akaun anda, menilai keperluan perniagaan anda atau mencadangkan Perkhidmatan yang sesuai dan menjawab permintaan, pertanyaan atau masalah perkhidmatan: kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan ini demi melaksanakan kontrak kami dengan anda atau berdasarkan Kepentingan Sah kami.
    • Berdasarkan Kepentingan Sah kami: untuk melakukan analisis, melatih algoritma kami, menambahbaikkan, mengukuhkan, memajukan, menyokong dan mengendalikan Perkhidmatan dan ketersediaannya, mengumpulkan laporan statistik dan mencatatkan pandangan mengenai corak penggunaan, memajukan produk dan perkhidmatan baru menggunakan teknologi pembelajaran mesin dan secara umumnya untuk melayani anda dengan lebih baik dan memberi anda kandungan dan ciri yang bersesuaian.
    • Berdasarkan Kepentingan Sah kami atau atas persetujuan anda: untuk menghantar promosi dan komunikasi pemasaran; untuk menghantar komunikasi kepada anda dari Perkhidmatan tersebut. Di aplikasi mudah alih: untuk menghantar notifikasi (push notifications) mengenai apa-apa acara atau promosi yang mungkin dijalankan oleh kami dan/atau memaklum anda mengenai ciri-ciri baru dalam Perkhidmatan kami; Sekiranya anda tidak ingin lagi untuk menerima komunikasi ini, anda boleh memilih keluar dengan mengikuti arahan yang dinyatakan dalam Klausa 9 di bawah.
    • Memudahkan transaksi anda dengan pengguna lain semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami.
    • Berdasarkan kepentingan sah kami: untuk mencegah atau bertindak balas terhadap sebarang penyalahgunaan Perkhidmatan atau Aplikasi kami atau perlanggaran Terma kami dan undang-undang yang terpakai.
    • Berdasarkan persetujuan anda: kami boleh mempamerkan testimoni/komen/ulasan anda di laman web kami yang mengandungi Data Peribadi anda. Sebelum mempamerkan testimoni tersebut, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk mengeposkan nama anda bersama dengan testimoni tersebut. Sekiranya anda mahu testimoni anda dipadamkan, sila hubungi kami di info@rych.io .
    • Untuk menghantar komunikasi yang berkaitan dengan acara atau webinar yang didaftarkan oleh anda. Kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan ini demi melaksanakan kontrak kami dengan anda atau berdasarkan Kepentingan Sah kami.
    • Berdasarkan kontrak kami dengan anda: kami akan memproses Data Peribadi anda setakat yang diperlukan untuk mengumpulkan yuran langganan anda.
    • Untuk membalas kepada permintaan-permintaan sah oleh pihak berkuasa awam, termasuk memenuhi keperluan keselamatan nasional atau syarat-syarat penguatkuasaan undang-undang dan di mana kami percaya bahawa pendedahan itu diperlukan untuk melindungi hak-hak kami dan/atau untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah, permintaan polis atau proses guaman lain yang disampaikan kepada kami.
  4. DENGAN SIAPAKAH KAMI BERKONGSI DATA PERIBADI ?

    Kami memproses Data Peribadi di Malaysia dan Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA“) dan di negara-negara lain melalui pihak ketiga yang mungkin kami gunakan. Kami juga berkongsi Data Peribadi anda seperti berikut:-

    • Dengan pihak ketiga yang membantu 3Rych dalam menyediakan Perkhidmatan (“Sub-Pemproses”) kepada anda. Sub-Pemproses kami diberi akses ke Akaun Pelanggan dan Data Perkhidmatan apabila diperlukan sahaja untuk menyediakan Perkhidmatan dan akan tertakluk kepada kewajipan-kewajipan kerahsiaan dalam perjanjian perkhidmatan mereka;

    • Dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan, seperti penyelidikan dan analisis, perkhidmatan anti-spam dan anti-phishing, pemasaran dan pengayaan data atau untuk mereka menghubungi anda bagi pihak kami;

    • Dengan pemproses pembayaran pihak ketiga yang memproses kad kredit anda dan maklumat pembayaran lain untuk 3Rych tetapi sebaliknya tidak dibenarkan untuk menstor, menyimpan atau menggunakan maklumat tersebut;

    • Dengan rakan kongsi pihak ketiga untuk tujuan membantu kami dalam menaikkan (onboarding) anda dan memberikan sokongan lanjut yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan kami;

    • Dengan penaja pertandingan yang anda daftar;

    • Dengan rangkaian media sosial pihak ketiga, rangkaian pengiklanan dan laman web;

    • Dengan ahli gabungan dalam 3Rych dan syarikat yang akan kami perolehi pada masa akan datang apabila mereka dijadikan sebahagian daripada kumpulan 3Rych untuk sokongan pelanggan, pemasaran, operasi teknikal, pengurusan akaun atau tujuan organisasi dan untuk menyediakan, memajukan dan menambahbaikkan Perkhidmatan;

    • Sekiranya kita terlibat dalam penggabungan, penyusunan semula atau perubahan korporat asas yang lain dengan pihak ketiga, atau menjual/membeli unit perniagaan kepada/dari pihak ketiga, atau sekiranya semua atau sebahagian daripada perniagaan, aset atau stok kami diperolehi oleh pihak ketiga, dengan pihak ketiga tersebut termasuk pada tahap usaha wajar (due diligence). Selaras dengan undang-undang yang terpakai, kami akan menggunakan usaha munasabah untuk memaklumkan anda tentang apa-apa pemindahan Data Peribadi kepada pihak ketiga yang tidak terkait.

      Setiap pemindahan tersebut dilindungi oleh perjanjian perkhidmatan dengan penerima yang berkaitan dan kami telah mengambil perlindungan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda akan tetap dilindungi selaras dengan Dasar Privasi ini. Butir-butir lanjut boleh diberikan atas permintaan.

  5. PEMINDAHAN DATA DAN PRIVASI PEMATUHAN ANTARABANGSA Kami berkongsi Data Peribadi anda dengan ahli gabungan kami. Dalam situasi tertentu, 3Rych Sdn. Bhd. dan/atau Syarikat Kumpulannya boleh dikehendaki untuk mendedahkan Data Peribadi sebagai balasan kepada permintaan-permintaan sah oleh pihak berkuasa awam, termasuklah untuk memenuhi keselamatan nasional atau syarat-syarat penguatkuasaan undang-undang.

  6. BAGAIMANAKAH 3RYCH MENYIMPAN DATA PERIBADI DENGAN SELAMAT ? Kami menggunakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi yang dikumpulkan dan diproses oleh kami. Langkah-langkah yang digunakan oleh kami direka untuk memberikan tahap sekuriti yang sesuai dengan risiko memproses Data Peribadi anda. Walaupun risiko keselamatan maklumat sentiasa berubah, begitu juga dengan kawalannya. Kawalan-kawalan yang dilaksanakan, akan dikaji secara berkala sebagai sebahagian daripada audit dalaman dan luaran. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai keselamatan Data Peribadi anda, sila hubungi kami dengan segera seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini.

  7. HAK-HAK KHUSUS EEA DAN MALAYSIA

    1. Data yang Dikumpulkan Sekiranya anda adalah seorang yang bermastautin di EEA atau Malaysia, anda mempunyai hak perlindungan data seperti berikut mengenai Data yang Dikumpulkan:-

      • Sekiranya anda ingin mengakses, memperbetulkan, mengemaskinikan atau meminta pemadaman Data Peribadi anda, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.

      • Anda boleh membangkang pemprosesan Data Peribadi anda, meminta kami untuk menyekat pemprosesan Data Peribadi anda atau meminta kemudahalihan Data Peribadi anda. Sekali lagi, anda boleh melaksanakan hak-hak ini dengan menghubungi kami.

      • Anda berhak untuk memilih keluar komunikasi pemasaran yang kami kirimkan kepada anda pada bila-bila masa. Anda boleh melaksanakan hak ini dengan mengklik pada pautan “unsubscribe” atau “opt-out” di dalam e-mel pemasaran yang kami kirimkan kepada anda. Untuk memilih keluar daripada bentuk pemasaran lain (seperti pemasaran pos atau pemasaran telemarket), sila hubungi kami.

      • Begitu juga, sekiranya kami telah mengumpulkan dan memproses Data Peribadi anda dengan persetujuan anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Penarikan balik persetujuan anda tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan yang telah kami lakukan sebelum penarikan persetujuan anda, dan ia juga tidak akan menjejaskan pemprosesan Data Peribadi anda yang telah dilakukan berdasarkan alasan pemprosesan yang sah selain daripada persetujuan.

      • Anda berhak untuk mengadu kepada pihak berkuasa perlindungan data mengenai pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.

        Sekiranya anda meminta akses kepada, atau ingin memperbetulkan, mengemaskinikan, mengubah suaikan atau memadamkan Data Peribadi (selepas ini dirujuk sebagai “Permintaan“) yang merupakan sebahagian daripada Data yang Dikumpulkan, sila hubungi kami di info@rych.io . Kami membalas semua permintaan yang kami terima dari individu-individu yang ingin melaksanakan hak-hak perlindungan data mereka dalam jangka waktu yang munasabah selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai.

      1. Data Perkhidmatan Kami mengakui bahawa anda berhak untuk mengakses Data Peribadi anda. 3Rych tidak mempunyai hubungan langsung dengan individu-individu yang Data Peribadinya diproses olehnya. Sekiranya anda meminta akses kepada, atau ingin memperbetulkan, mengemaskini, mengubah atau memadamkan Data Peribadi (selepas ini dirujuk sebagai “Permintaan“) yang merupakan sebahagian daripada Data Perkhidmatan dan diproses oleh kami bagi pihak Pelanggan kami atau sekiranya anda adalah seorang Pengguna Akhir kepada Pelanggan kami dan anda tidak ingin lagi dihubungi oleh salah seorang daripada Pelanggan kami yang menggunakan Perkhidmatan kami, anda harus mengarahkan pertanyaan anda kepada Pelanggan kami, iaitu penguasa tersebut. Sekiranya kami diminta untuk memadamkan data, kami akan membalas dalam jangka masa yang munasabah. Sekiranya anda adalah seorang Pelanggan Perkhidmatan kami dan ingin mengemukakan suatu Permintaan bagi pihak Pengguna dan Pengguna Akhir anda berhubungan dengan Data Perkhidmatan, anda boleh membangkitkan tiket di portal sokongan Perkhidmatan yang berkenaan. Harap maklum bahawa sekiranya Pelanggan telah melanggan lebih dari satu Perkhidmatan, Permintaan di portal sokongan Perkhidmatan tersebut adalah khusus untuk Perkhidmatan itu sahaja dan Permintaan berasingan perlu dikemukakan di portal sokongan Perkhidmatan lain yang relevan.
  8. HAK-HAK KHUSUS PEMASTAUTIN MALAYSIA Setakat mana anda adalah seorang ‘pengguna’ seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA“) dan 3Rych adalah sebuah ‘perniagaan’ seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016, perkara-perkara berikut terpakai ke atas anda: Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan PDPA, anda berhak untuk meminta dengan cara yang diperuntukkan di sini, untuk hal-hal seperti berikut:-

    1. Hak untuk meminta maklumat mengenai:-

      • Kategori-kategori Data Peribadi yang telah dikumpulkan oleh 3Rych mengenai anda.
      • Bahagian-bahagian khusus Data Peribadi yang telah dikumpulkan oleh 3Rych mengenai anda.
      • Sumber kategori dari mana Data Peribadi dikumpulkan.
      • Tujuan perniagaan atau komersial dalam mengumpulkan Data Peribadi.
      • Kategori pihak ketiga yang mana perniagaan berkongsi Data Peribadi.
    2. Hak untuk meminta pemadaman apa-apa Data Peribadi yang dikumpulkan mengenai anda oleh 3Rych. Sekiranya anda ingin melaksanakan hak-hak di atas untuk mengakses atau memadamkan Data Peribadi yang merupakan ‘maklumat peribadi’ seperti yang ditakrifkan dalam PDPA, sila hubungi kami di info@rych.io . Kami membalas kepada semua permintaan yang kami terima dari anda yang ingin melaksanakan hak perlindungan data anda dalam jangka waktu yang munasabah selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkaitan. Dengan menulis kepada kami, anda bersetuju untuk menerima komunikasi dari kami untuk meminta maklumat dari anda untuk mengesahkan bahawa anda adalah pengguna dari mana kami telah mengumpulkan Data Peribadi dan maklumat lain yang diperlukan untuk membolehkan kami memenuhi permintaan anda.

      Senarai kategori Data Peribadi yang dikumpulkan dan didedahkan mengenai pengguna-pengguna disenaraikan di bawah tajuk “APAKAH DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN OLEH 3RYCH?” dan senarai kategori pihak ketiga yang mana Data Peribadi telah atau boleh didedahkan kepada mereka disenaraikan di bawah tajuk “DENGAN SIAPAKAH KAMI BERKONGSI DATA PERIBADI?”. Secara berasingan, 3Rych tidak menjual Data Peribadi anda.

  9. PDPA Undang-undang perlindungan data PDPA memberikan hak data untuk individu dan memperkenalkan tanggungjawab pematuhan untuk organisasi-organisasi seperti 3Rych. PDPA memberikan pemastautin Malaysia kawalan yang lebih besar ke atas Data Peribadi mereka dan memberikan pengawal selia negara kuasa baru untuk mengenakan denda yang besar ke atas organisasi-organisasi yang melanggar undang-undang ini. PDPA mencipta hak-hak dan perlindungan sepertimana yang dicipta oleh GDPR untuk penduduk-penduduk Eropah.Di 3Rych, kami mengambil pendekatan global untuk memastikan semua anggota mendapat keuntungan dari peningkatan kontrol dan kejelasan, sejajar dengan komitmen kami untuk mengutamakan Pelanggan-pelanggan kami dan berusaha untuk mengekalkan kepercayaan mereka dalam kami. Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia anda mempunyai hak di bawah PDPA, termasuklah hak untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:-

    • Mengakses Data Peribadi anda
    • Membetulkan kesilapan dalam Data Peribadi anda
    • Memadamkan Data Peribadi anda
    • Menolak pemprosesan Data Peribadi anda
    • Mengeksport Data Peribadi anda

    Untuk membuat sebarang permintaan mengenai Data Peribadi anda, sila hubungi kami di info@rych.io .

  10. PROSEDUR PILIHAN KELUAR

    Sekiranya anda tidak ingin lagi menerima komunikasi pemasaran dari 3Rych, anda boleh mengklik pada pautan “unsubscribe” yang terdapat di bawah e-mel pemasaran kami atau anda boleh menghubungi kami di info@rych.io . Semasa menggunakan Aplikasi Mudah Alih kami, anda juga mempunyai pilihan untuk mematikan notifikasi (push notifications). Sekiranya anda ingin membantah penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan analisis, anda boleh menghubungi kami di info@rych.io .

  11. KOMUNIKASI-KOMUNIKASI LAIN

    Sekiranya anda adalah Pelanggan kami, kami akan menghantarkan pengumuman kepada anda (e-mel atau melalui notifikasi produk) berkaitan dengan Perkhidmatan tersebut apabila wajar berbuat demikian. Sebagai contoh, sekiranya Perkhidmatan kami ditangguhkan sementara untuk tujuan penyelenggaraan, kami akan menghantar e-mel kepada anda. Secara amnya, anda tidak boleh memilih untuk keluar daripada komunikasi yang tidak mempunyai sifat promosi. Sekiranya anda tidak mahu menerimanya, anda boleh mematikan Akaun anda.

  12. SIMPANAN DATA PERIBADI

    Sekiranya anda ingin memohon agar kami tidak lagi menggunakan Data yang Dikumpulkan, sila hubungi kami di info@rych.io . Data Peribadi yang terkandung dalam Data Perkhidmatan akan disimpan dan dipadamkan selaras dengan Syarat. Meskipun apa yang disebutkan di atas, kami akan menyimpan Data yang Dikumpulkan dan Data Perkhidmatan seperti yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang, bagi tujuan litigasi/pembelaan, menyelenggara catatan kewangan dan rekod-rekod lain secara tepat, menyelesaikan pertikaian, dan menguatkuasakan perjanjian-perjanjian kami.

  13. PAUTAN KE LAMAN PIHAK KETIGA

    Laman web kami mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak dimiliki atau dikendalikan oleh 3Rych. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman web atau pihak ketiga. Kami menggalakkan anda untuk berhati-hati ketika anda meninggalkan laman web kami dan membaca dasar privasi setiap laman web yang mengumpul Data Peribadi.

  14. DATA PERIBADI KANAK-KANAK

    3Rych tidak akan dengan sengajanya mengumpul apa-apa Data Peribadi dari kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. Sekiranya anda berusia di bawah 16 tahun, jangan mengemukakan sebarang Data Peribadi melalui laman web atau Perkhidmatan kami. Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk memantau penggunaan Internet anak-anak mereka dan untuk membantu menguatkuasakan Dasar ini dengan mengarahkan anak-anak mereka untuk tidak memberikan Data Peribadi melalui Perkhidmatan atau laman web kami tanpa izin mereka. Sekiranya anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa terdapatnya kanak-kanak di bawah umur 16 tahun yang telah memberikan Data Peribadi kepada kami melalui laman web atau Perkhidmatan kami, sila hubungi kami dan kami akan berusaha untuk memadamkan maklumat tersebut dan menghentikan akaun kanak-kanak tersebut dari pangkalan data kami.

  15. PINDAAN

    Pindaan kepada Polisi ini akan diposkan ke URL ini dan ia akan berkuatkuasa semasa diposkan. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan material, kami akan memaklumkan anda melalui notis yang jelas di laman web ini atau melalui e-mel atau melalui notifikasi dalaman produk. Kami tidak akan memaklum anda sekiranya kami meminda Dasar untuk tujuan penambahan, pemadaman atau pengubahsuaian kepada senarai kuki dari semasa ke semasa agar senarai kuki diselenggara dengan tepat dan semasa. Anda haruslah kerap melawat Polisi ini untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya. Penggunaan berterusan laman web kami atau Perkhidmatan kami berikutan pengeposan apa-apa pindaan, pengubahsuaian, atau perubahan kepada Polisi ini merupakan penerimaan anda terhadap pindaan-pindaan kepada Polisi ini. Anda boleh memilih untuk memberhentikan penggunaan laman web atau Perkhidmatan tersebut, sekiranya anda tidak menerima syarat-syarat Polisi ini, atau mana-mana versi Polisi ini yang telah diubahsuai.

  16. KESAN PERCANTUMAN ATAU PEROLEHAN

    Sekiranya 3Rych melalui perubahan perniagaan, seperti percantuman atau perolehan oleh syarikat lain, atau penjualan kesemua atau sebahagian daripada asetnya, Akaun Pelanggan, Data yang Dikumpulkan dan Data Perkhidmatan berkemungkinan akan menjadi antara aset-aset yang akan dipindahkan. Suatu notis penting akan dipaparkan pada laman web kami untuk memberitahu anda tentang apa-apa perubahan dalam pemilikan atau pengawalan dan Pelanggan akan dimaklumkan melalui e-mel daripada info@rych.io .

  17. MENGHUBUNGI 3RYCH

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dasar privasi ini atau amalan privasi kami, anda boleh menghubungi kami di info@rych.io atau melalui surat pos di 3Rych Sdn. Bhd., 9-1, Jalan PJU 1A / 41B, Pusat Dagangan NZX, Ara Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor kepada perhatian Pegawai Perlindungan Data dengan sesalinan ke info@rych.io .